Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) bercadang menganjur Festival Muzik (seruling) Antarabangsa di sini tahun depan sebagai sebahagian daripada program Tahun Melawat Malaysia 2007.
Menteri Pembangunan Bandar dan Pelancongan, Dato Sri Wong Soon Koh berkata, Festival Muzik Antarabangsa itu merupakan satu lagi usaha kerajaan memperkenalkan Sibu dan kawasan tengah Sarawak sebagai destinasi pelancong di negeri ini.
"Kita berharap festival itu kelak akan menjadi satu lagi tarikan pelancongan di sini selain daripada Pesta Kebudayaan Borneo yang sedang kita anjurkan," katanya pada majlis pelancaran majalah berkaitan pelancongan di Sibu dan kawasan tengah Sarawak di sini hari ini.
Majalah setebal 24 muka itu memaparkan daya tarikan pelancongan Sibu, Mukah, Kapit dan Sarikei. Ia adalah hasil tulisan beberapa wartawan dari Semenanjung Malaysia dan luar negara.
Wong berkata, Festival Muzik Anatrabangsa itu kelak akan diadakan selama tiga hari dan mungkin diadakan di sebuah tasik.
"Di Kuching kita sudah ada Festival Muzik Hutan Hujan Tropika Antarabangsa dan di Miri Festival Jazz Antarabangsa, maka Sibu kita perlu ada festival berkaitan," katanya.
Beliau turut mengumumkan sebanyak 12 buah negara di Asia Timur seperti China, Filipina, Korea, Jepun, Hong Kong, Singapura dan Indonesia, sudahpun mengesahkan akan menyertai Forum Pelancongan Antara Wilayah Asia Timur (EATOP) di sini mulai 14 hingga 16 September ini.
Kebanyakan negara-negara yang menyertai forum itu akan membawa bersama kumpulan kebudayaan masing-masing ke sini, tegas beliau sambil memberitahu forum itu antara lain bertujuan membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan usaha membangunkan industri pelancongan di Asia Timur.
Mengenai persediaan Sibu bagi menyambut Tahun Melawat Malaysia 2007, katanya, majlis pelancarannya akan diadakan di sini pada 4 October ini dan STB sudah merancang empat acara utama sebagai menambah program-program pelancongan yang sedia ada.
Wong juga memberitahu, STB akan menyediakan sebuah bas persiaran untuk kegunaan pihak-pihak dalam industri pelancongan di sini dan bas persiaran diharapkan dapat dijadikan sebagai langkah permulaan bagi membangunkan lagi industri pelancongan di kawasan tengah Sarawak. Hakikatnya, kawasan tengah Sarawak juga mempunyai banyak daya tarikan untuk ditawar kepada pelancong, katanya dan menambah, antaranya ialah kekayaan budaya masyarakat berbilang kaum Sarawak, warisan dan masakan tradisional masyarakat tempatan.
"Di Sibu, kita memang sudah terkenal menjayakan konvensyen bertaraf dunia dan satu lagi ialah Pesta Kebudayaan Borneo. Sekiranya kekayaan kebudayaan masyarakat majmuk itu dapat digabungkan saya percaya ia pasti menjadi daya tarikan kepada pelancong," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif STB, Gracy Geike yang berucap terdahulu berkata, kawasan Mukah, Sarikei dan Kapit mempunyai keistimewaan dan daya tarikan pelancongan tersendiri.
Majalah yang dilancarkan itu, katanya, merupakan sebahagian daripada usaha STB untuk mempromosi dan memperkenal Sibu dan kawasan tengah Sarawak sebagai destinasi pelancong dan Sarikei berpotensi untuk diperkenalkan sebagai destinasi pelancongan asas tani.
Pengarah Urusan Virtual Malaysia, Encik Rohizam Md. Yusoff, Residen Bahagian Sibu, Encik Chai Mui Fong dan beberapa pengusaha pelancongan di sini hadir pada majlis berkenaan.

No comments:
Post a Comment